SJAM SSI

St John Ambulance Johor Bahru - Division 3 - SMK Sultan Ismail
 
HomePortalGalleryCalendarSearchFAQUsergroupsRegisterMemberlistLog in

Share | 
 

 2008 NCO TEST ANSWERS

Go down 
AuthorMessage
zhi yong Y

avatar

Male
Number of posts : 37
Age : 27
Reputation : 0
Registration date : 2007-11-30

PostSubject: 2008 NCO TEST ANSWERS   Sat Jan 17, 2009 12:00 pm

[ sulit ]



Baca soalan-soalan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan di bawah di kertas yang disediakan.

Peraturan Am

1. Siapakah ketua St. John Ambulans Malaysia? [1]
- Pemerintah agung

2. Nyatakan objektif St. John Ambulans Malaysia.[2]
- Menggalakkan dan mempertingkatkan semua usaha kemanusiaan dan kebajikan untuk memelihara orang yang sakit, mengalami tekanan, kederitaan dan dalam keadaan bahaya tanpa mengira kaum, taraf hidup, warna kulit dan agama.
- Memberi bantuan kepada orang yang sakit dan luka semasa peperangan atau semasa aman supaya terdapat bantuan pada masa kecemasan dan bantuan ini haruslah termasuk perkhidmatan perubatan rizab teknikal untuk Angkatan Tentera Diraja Malaysia.
- Mempertingkatkan, menggalakkan dan mengalurkan pergerakan St. John Ambulans Malaysia dalam semua aspek di Malaysia.
- Mempertingkatkan, menggalakkan dan mengalurkan perhubungan antara ahli SJAM dan pertubuhan yang menggunakan nama St. John di negara sedunia, Persatuan Palang Merah dan pertubuhan sukarela lain yang sama status atau matlamat.

3. Bagaimanakah Bahagian Campuran boleh ditubuhkan? [2]
- Bahagian campuran boleh ditubuhkan dengan mengandungi sekurang-kurangnya dua jenis daripada berikut= AMBULANS DEWASA / AMBULANS KADET / PERAWATAN DEWASA / PERAWATAN KADET / ST. JOHN MUDA.

4. Bagaimanakah seorang Ketua Kadet dilantik? [4]
- Ketua Kadet dilantik oleh Pegawai Turus Kawasan (kadet) dengan cadangan daripada Pegawai Bertanggungjawab Bahagian Kadet tersebut. Mereka dipilih berdasarkan nilai murni dan daya kepimpinan mereka, biasanya telah memegang pangkat sarjan, sudah berumur 15 tahun tetapi belum berumur 18 tahun.

5. Siapakah yang akan mempunyai lencana pangkat 5 di peringkat kebangsaan?[2]
- Ketua turus latihan dam ketua turus operasi.

6. Nyatakan bidang kuasa seseorang pemerintah agung.[3]
- Pemerintah agung mempunyai kuasa mutlak untuk:
a) memanggil ahli untuk meletak jawatan
b) membuang ahli daripada SJAM selain daripada pegawai yang dilantik oleh presiden kebangsaan.
c) menurunkan pangkat pegawai atau NCO kepada pangkat yang lebih rendah

7. Apakah tugas seseorang Sarjan Major?[2]
- bertanggungjawab untuk latihan dan kecekapan dalam kawat kaki dalam Negeri/ Kawasan/ Kor dan mesti memegang sijil sebagai Pelatih St. John Ambulans (kawat)

8. Nyatakan kecekapan tahunan yang harus ada pada seseorang ahli simpanan.[4]
- lulus dalam pengendalian basic life support
- memperbaharui sijil pertolongan cemas dan perawatan di rumah, jika mereka memegang sijil tersebut sebelum tamat 3 tahun tarikh luput sijil itu.
- menghadiri 6 perjumpaan latihan bahagian dalam setahun
- menghadiri pemeriksaan tahunan bahagian

9. Bagaimanakah seseorang boleh menyertai semula St. John Ambulans Malaysia?[2]
- menghantar permohonan kepada Pemerintah Agung dengan permintaan untuk mengira semua perkhidmatan dulu ke atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan. Pemohon tersebut harus lulus dalam kursus induksi atau memegang sijil pertolongan cemas yang sah.

10. Bagaimanakah seseorang Staf Sarjan dilantik?[2]
- sarjan yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun yang berkhidmat dengan cemerlang boleh dilantik menjadi staf sarjan oleh Pemerintah Negeri/Wilayah dengan cadangan Pemerintah Kawasan.

11. Siapakah yang akan memakai gorget patches T/C?[2]
- Pegawai yang memakai Lencana Pannkat 8 dan ke atas.

12. Apakah tanggungjawab seorang ahli St. John Ambulans Malaysia?[2]
- Pengetahuan Order
- Taat dan nilai baik dan disiplin

13. Bolehkah seorang mangsa berpura-pura mengira masa dia menjadi mangsa berpura-pura sebagai masa tugasan?[1]
- boleh

Peraturan Pakaian Seragam

1. Terangkan ciri-ciri kemeja seorang ahli dewasa ambulans.[10]
- kemeja putih dimasukkan ke dalam seluar
- kolar putih biasa dengan lencana kolar
- lengan pendek- 2.5 inci dari siku
- strap bahu putih yang dijahit pada kemeja dengan butang kecil perak SJAM
- Epaulettes hitam kosong dipakai pada kedua-dua strap bahu
- empat butang perak besar di hadapan kemeja. Jarak antara butang haruslah 3-4 inci antara satu sama lain dan bersesuaian dengan saiz badan.
- bahagian atas shoulder flash mesti menyentuh seam pada bahu
- dua saku pada dada dengan penutup yang dengan butang kecil SJAM dan dua butang katup untuk melekat pada saku. Saiz saku bersesuaian dengan saiz badan.

2. Apakah warna perisai perkhidmatan khas untuk seorang yang berkhidmat 500 jam?[1]
- ungu
3. Siapakah yang akan memakai lanyard?[1]
- NCO Kadet (ambulans)
4. Siapakah yang akan memakai:[3]

(a) Peak dengan Bar perak dan St. John Wart=pegawai lencana pangkat 8 ke atas
(b) Peak dengan Bar perak=pegawai lencana pangkat 9
(c) Peak kosong= pegawai lencana pangkat 10 ke bawah

Pengetahuan Am

1. Apakah 2 cogan kata St. John Ambulans Malaysia?[2]
- Pro Fide
- Pro Utiliate Hominum
2. Nyatakan 8 rukun pertolongan cemas.[8]
- peneliti
- bijak
- berikhtiar
- cekap
- jelas
- tahu memilih
- terus berusaha
- bersimpati
3. Nyatakan ciri-ciri lambang St. John Ambulans Malaysia.[3]
-Gambar unicorn & singa hanya yang berwarna putih
-Kedua-dua huruf ‘s’ untuk St. John dan Ambulans dalam barisan yang sama
-Perkataan St adalah unik di mana titik selepas ‘t’ digabungkan
4. Bilakah lagu “The Last Post” dimainkan?2
- upacara pengebumian dan menurun bendera
5. Satu barisan dalam barisan kehormatan haruslah terdiri daripada berapa orang?1
- 16
6. Apakah borang BF1?2
- Laporan Tahunan
7. Siapakah Pegawai Turus Latihan kawasan Johor Bahru?1
- En. Perbagaran a/l Jeyabalan
8. Siapakah Ketua Turus ( Operasi ) kawasan Johor Bahru?1
- En. Jimmy Shim Ah Guan
9. Siapakah Penolong Setiausaha kawasan Johor Bahru?1
- Pn. Wee Mei Ling
10. Lengkapkan

WL Forms :________________________Laporan Peperiksaan 2
BF6 :________________________Sijil Kecekapan Kadet 2
BF SMA :________________________Permohonan Pingat Perkhidmatan 2
BF 18 :________________________Perbarisan Tahunan 2

Total=75 markah
[ sulit ]
Back to top Go down
View user profile
 
2008 NCO TEST ANSWERS
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Amazing Test Answers
» MOA-2008-BLG-310Lb - planet in the Galactic Bulge
» Chakra Test
» Getting Wrong Answers
» Image upload test

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SJAM SSI :: Knowledge & Skill :: First Aid-
Jump to: